07 February 2013

PENGENALAN - PERAKAUNAN

Definisi Perakaunan

Perakaunan merupakan proses mengenalpasti, merekod, meringkas, mengkelas, mentafsir  maklumat kewangan Syarikat  untuk pengguna dalaman dan luaran.
Klasifikasi Akaun

Akaun dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu:
  1. Aset
  2. Liabiliti
  3. Ekuiti Pemilik
  4. Hasil
  5. Belanja

Aset merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada organisasi dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual semula. Aset boleh berbentuk fizikal (Tangible) dan bukan fizikal (Intangible Asset). Aset terbahagi kepada dua jenis iaitu aset semasa (Current Asset) dan  Aset bukan semasa (Non-current Asset).

Liabiliti merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Liabiliti boleh terdiri daripada orang perseorangan (pemiutang) atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit kepada perniagaan.

Ekuiti Pemilik atau modal ialah jumlah pelaburan atau kepentingan pemilik di dalam perniagaan. Ia merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Tuntutan di sini bermaksud, apabila pemilik melaburkan modal ke dalam perniagaan, pemilik mengharapkan perniagaan dapat membalas suntikan modal yang diberi dengan memberi keuntungan kepadanya.

Hasil merupakan wang yang diterima atau yang akan diterima daripada jualan barang atau perkhidmatan. Hasil terbahagi kepada dua jenis Hasil Kendalian dan Hasil Bukan Kendalian.

Belanja ialah wang yang dibayar atau yang akan dibayar pada masa hadapan hasil daripada akiviti pengendalian perniagaan. Terbahagi kepada dua jenis iaitu Belanja Kendalian dan Belanja Bukan Kendalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...