22 February 2013

Artikel : Akta Wang Tidak Dituntut 1965

PEMERIKSAAN REKOD SYARIKAT ATAU FIRMA DI BAWAH AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965
Baru-baru ini, Pendaftar Akta Wang Tak Dituntut telah menjalankan pemeriksaan secara rawak ke atas Firma Perakaunan yang mengendalikan kewangan syarikat atau firma pelanggan telah mendapat perhatian pihak Institut.

Objektif utama pemeriksaan adalah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan juruaudit mengenai obligasi syarikat pelanggan atau firma mereka di bawah Akta Wang Tak Dituntut 1965.

Keutamaan Pemeriksaan adalah merangkumi pemiutang lama yang tidak dibayar, penghutang baki dalam kredit dan item lama tertunggak dalam penyesuaian bank yang boleh diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut.

Menteri Kewangan akan melantik Ketua Akauntan sebagai Pendaftar untuk menjalankan tanggungjawab dan fungsi bagi Akta Wang Tak Dituntut 1965, berkuatkuasa dari 1 Jun 1975.

Seksyen 10 (1) Akta menekankan, setiap syarikat atau firma yang memegang wang yang tidak dituntut hendaklah menyelenggara rekod mengenai wang yang tidak dituntut dalam suatu daftar dan hendaklah disimpan di pejabat utama atau tempat perniagaan di Malaysia dalam bentuk yang akan ditentukan oleh Pendaftar.


Kategori Wang Tak Dituntut adalah seperti berikut:

· Wang yang mengikut undang-undang yang perlu dibayar kepada pemilik, dan telah kekal tidak dibayar bagi tempoh tidak kurang daripada satu tahun selepas mereka telah dibayar, contohnya gaji, upah, bonus dan lain-lain.

· Wang yang ada dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan dengan apa cara sekalipun oleh pemilik bagi tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun, contohnya akaun simpanan, akaun semasa dan deposit tetap (dengan arahan pembaharuan automatik).

· Wang kredit akaun perdagangan yang kekal dorman selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun.

Seksyen 12 Akta memberi kuasa kepada Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk menjalankan pemeriksaan rekod yang disimpan oleh syarikat atau firma untuk menentukan sama ada syarikat atau firma mematuhi peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965. Selain itu, mereka juga boleh menyita apa-apa buku, daftar, rekod atau dokumen dalam usaha untuk memberikan keterangan ketidakpatuhan Akta Wang Tak Dituntut 1965 oleh syarikat atau firma.

Terdapat dua dokumen penting yang perlu dikemukakan kepada syarikat atau firma oleh pegawai pemeriksaan iaitu:

· Waran Kuasa - kebenaran bertulis oleh Pendaftar kepada pegawai diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan rekod syarikat atau firma.

· Pengisytiharan Kerahsiaan - pegawai yang diberi kuasa perlu menandatangani borang ini sebelum menjalankan pemeriksaan rekod syarikat atau firma untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan oleh syarikat atau firma tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga.

Keengganan untuk mengemukakan rekod atau kesilapan yang betul dan sebarang halangan kepada proses pemeriksaan adalah suatu kesalahan, dan jika didapati bersalah, seseorang boleh tertakluk kepada denda tidak melebihi RM 5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Akta Wang Tak Dituntut 1965, sila hubungi:

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Amanah dan Sekuriti Bahagian Pengurusan
Jabatan Akauntan Negara
Level 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks: 03-2072 5707
www.anm.gov.my

Yang benar,

HO FOONG MOI (MS)
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif


Sumber Artikel : MIA Circular & Notices; 4 Januari 2013 
Olahan : Radzi & Co. (Februari 2013) 

20 February 2013

Akta Wang Tidak Dituntut 1965

Definisi Wang Tidak Dituntut

Seksyen 8 - Akta Wang Tidak Dituntut 1965;

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

Contoh di bawah kategori ini ialah:
  • Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • Dividen;
  • Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun.

Contoh di bawah kategori ini ialah:
  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui 
apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.

Contoh di bawah kategori ini ialah:
  • Akaun pemiutang dagangan;
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Kewajipan Syarikat ke atas Wang Tidak Dituntut
Syarikat yang mempunyai wang yang tidak dituntut adalah wajib untuk:
  • Menyelenggara Daftar Wang Tidak Dituntut
  • Menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut dan Borang Serahan Wang Tidak Dituntut serta membayar wang tidak dituntut kepada Pendaftar selewat-lewatnya 31 Mac pada setiap tahun.
  • Menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut kapada Percetakan Nasional Malaysia Berhad bagi tujuan pewartaan.
Hukuman ketidakpatuhan Akta Wang Tidak Dituntut 1995
Ketidakpatuhan kepada Akta Wang Tidak Dituntut 1995 adalah seperti berikut:
  • Seksyen 10(1) - gagal menyelenggara Daftar Wang Tidak Dituntut.
  • Seksyen 10(2)- gagal menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut kepada Pendaftar selewat lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya dan gagal membayar Wang Tidak Dituntut.
  • Seksyen 10A(1) – gagal menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut untuk diwartakan.

Seksyen 10(4) dan 10A(2) Akta Wang Tidak Dituntut 1965 memperuntukan bahawa Syarikat yang gagal mematuhi Seksyen 10(1), 10(2) dan 10A(1) Akta Wang Tidak Dituntut, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum DENDA tidak melebihi RM20,000 dan denda tambahan tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kemungkiran itu berterusan.


Walaubagaimanapun, menurut Seksyen 10(4) Akta Wang Tidak Dituntut, denda yang dikenakan tidak dihadkan kepada Syarikat sahaja. Mana-mana pegawai dalam Syarikat yang menyebabkan kesalahan dibawah Seksyen 10(1) dan 10(2) Akta Wang Tidak Dituntut juga boleh dihukum denda.

Seksyen 16 Akta Wang Tidak Dituntut 1965 menjelaskan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan boleh dikenakan kompaun oleh Pendaftar melalui kebenaran bertulis oleh Pendakwaraya dengan amaun tidak melebihi 50% dari denda maksimum bagi kesalahan tersebut. Tindakan pendakwaan tidak akan diambil bagi sesiapa yang membayar kompaun berkenaan.


10 February 2013

PENGENALAN - AUDIT

SYARIKAT SDN. BHD – AUDIT PENYATA KEWANGAN

Pengenalan

Mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 167, semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia mesti menyimpan sebarang penyata akaun yang mengandungi rekod hasil, perbelanjaan dan transaksi perniagaan dengan teratur dan baik.

Seksyen 167(1) mengkehendaki akaun Syarikat perlu diaudit bagi setiap tahun kewangan. Di Malaysia, Juruaudit bebas menjalankan audit Penyata Kewangan Syarikat mengikut piawaian  pengauditan yang diluluskan.

Kegagalan Syarikat mematuhi Seksyen 167(1), akan dikenakan kompaun sebanyak RM4,400. Audit tidak boleh dilaksanakan jika tiada penyata kewangan dari pihak Syarikat.
Definasi Audit

Audit adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan dan memberi pandangan ke atas kebenaran dan kesamaan penyata kewangan tersebut.

Audit juga adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan supaya ianya disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan dan juga kehendak yang tercatat di Jadual 9 Akta Syarikat. 

Tujuan Audit

Pemeriksaan dan kajian ke atas penyata kewangan Syarikat adalah untuk memperolehi bukti audit yang akan dinilai oleh seseorang Juruaudit.

Tempoh Perlaksanaan Audit

Bagi Syarikat yang baru ditubuhkan audit, maka audit perlu dilakukan dalam tempoh maksima 18 bulan ( 1 tahun 6 bulan ).

Manakala bagi Syarikat yang sudah menjalankan operasi seperti biasa, Syarikat perlu diaudit dalam tempoh 12 bulan bagi setiap tahun tutup perakaunan.



Sebab- sebab Pengauditan

Akta Syarikat 1997
  • Dibawah Akta Syarikat 1997, pengauditan perlu dilaksanakan di atas sebab-sebab berikut:
  • Mematuhi Seksyen 167
  • Mengemukakan ‘Annual Return’ dan bagi mengadakan ‘Annual General Meeting’.
  • Bagi pengiraan kewangan Syarikat dan penyerahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Serah simpan borang cukai (Borang C & R)
  • Laporan Audit diperlukan bagi tujuan pemeriksaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)


Seksyen 9 - Akta Syarikat 1965.
Dibawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 9 menetapkan bahawa hanya, ‘Juruaudit yang diluluskan ( mempunyai kelulusan dan kemahiran menjalankan tugas)’ dibenarkan menjalankan tugas Juruaudit.

Penyata Kewangan.
  • Setiap Syarikat bertanggungjawab menyediakan akaun-akaun yang lengkap seperti berikut untuk di audit:
  • Penyata Pendapatan Untung & Rugi ( Statement of Comprehensive Income)
  • Kunci Kira-Kira ( Statement of Financial Position)
  • Lejar Am
  • Jadual-jadual seperti jadual Aset, Penghutang dan sebagainya.


Seksyen 167(2) - Akta Syarikat 1965.
Syarikat hendaklah menyimpan rekod-rekod untuk tempoh 7 tahun selepas siap transaksi.

Seksyen 172 - Akta Syarikat 1965.
Seksyen 172 memperuntukan setiap Syarikat yang ditubuhkan mesti melantik Juruaudit Bebas. Juruaudit Bebas yang dilantik akan memegang jawatan sehingga tamat Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya



07 February 2013

PENGENALAN - PERAKAUNAN

Definisi Perakaunan

Perakaunan merupakan proses mengenalpasti, merekod, meringkas, mengkelas, mentafsir  maklumat kewangan Syarikat  untuk pengguna dalaman dan luaran.
Klasifikasi Akaun

Akaun dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu:
  1. Aset
  2. Liabiliti
  3. Ekuiti Pemilik
  4. Hasil
  5. Belanja

Aset merupakan sumber ekonomi yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah kepada organisasi dari segi pengendalian aktiviti atau untuk dijual semula. Aset boleh berbentuk fizikal (Tangible) dan bukan fizikal (Intangible Asset). Aset terbahagi kepada dua jenis iaitu aset semasa (Current Asset) dan  Aset bukan semasa (Non-current Asset).

Liabiliti merupakan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan. Liabiliti boleh terdiri daripada orang perseorangan (pemiutang) atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit kepada perniagaan.

Ekuiti Pemilik atau modal ialah jumlah pelaburan atau kepentingan pemilik di dalam perniagaan. Ia merupakan tuntutan pemilik terhadap aset perniagaan. Tuntutan di sini bermaksud, apabila pemilik melaburkan modal ke dalam perniagaan, pemilik mengharapkan perniagaan dapat membalas suntikan modal yang diberi dengan memberi keuntungan kepadanya.

Hasil merupakan wang yang diterima atau yang akan diterima daripada jualan barang atau perkhidmatan. Hasil terbahagi kepada dua jenis Hasil Kendalian dan Hasil Bukan Kendalian.

Belanja ialah wang yang dibayar atau yang akan dibayar pada masa hadapan hasil daripada akiviti pengendalian perniagaan. Terbahagi kepada dua jenis iaitu Belanja Kendalian dan Belanja Bukan Kendalian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...