23 September 2013

Artikal : Tanggungjawab Syarikat untuk menyimpan rekod perakaunan

3 pengarah syarikat keli mengaku salah
Kuala Lumpur: Tiga pengarah sebuah syarikat pelaburan penternakan ikan keli mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan gagal merekod perakaunan kewangan syarikat yang betul untuk diaudit, dua tahun lalu.
Bagaimanapun, Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menetapkan 21 Oktober depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga orang kena saman (OKS) itu.
Mohd Roshaidi Yusof, 45, Mohd Khairul Ashwan Mohd Roslan, 28, dan Zuriata Mohd Darus, 43, didakwa secara berasingan gagal menyimpan rekod perakaunan berhubung transaksi dan kedudukan kewangan syarikat Agro Multy Trading Bhd untuk diaudit dengan mudah dan betul.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Sigma Management Sdn Bhd, Menara Uncang Emas, Jalan Loke Yew, di sini, 28 Februari 2011.
Akibat perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 167(1) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 167(7) akta sama yang membawa hukuman penjara enam bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Artikel ini disiarkan pada : 21/09/2013
Sumber : Harian Metro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...