04 October 2013

SELAMAT DATANG KE LAMAN PERNIAGAAN, AKAUN & AUDIT
















SETIAUSAHA SYARIKAT DAN PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN PERAKAUNAN

AUDIT BERKANUN

PENASIHAT DAN PERUNDING CUKAI

KHIDMAT DAN PERUNDING PERNIAGAAN





03 October 2013

Artikel : Mengaku bersalah buat audit palsu




BUTTERWORTH 30 Sept. - Seorang bekas setiausaha syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan membuat pernyataan audit palsu terhadap empat syarikat tempat dia bekerja sejak tiga tahun lalu.

Gok Ching Hee (gambar), 42, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut dengan mengunakan sebuah firma audit iaitu LKH & Associates sejak 30 Jun 2010 sehingga 24 Ogos 2011, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah, Siti Sarah Abdul Rahim. 

Mahkamah membenarkan lelaki itu diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan sementara menunggu hukuman dijatuhkan pada 7 Oktober ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Ching Hee pada 24 Ogos 2011 yang ketika itu bekerja sebagai setiausaha syarikat Golden Crossback Arowana Breeding Farm Sdn. Bhd., di Jalan Besar, Taman Sungai Bakap, Nibong Tebal dituduh dengan niat untuk memperdaya apabila membuat pernyataan palsu kepada pengarah syarikat terbabit.

Tertuduh didakwa membuat pernyataan palsu yang terkandung dalam Penyata Juruaudit Mengenai Syarikat Swasta Terkecuali bagi tahun kewangan berakhir 28 Februari 2011 dengan menyatakan juruaudit syarikat itu adalah LKH & Associates sedangkan syarikat itu tidak pernah dilantik oleh syarikat Golden Crossback Arowana Breeding.

Bagi pertuduhan kedua pula, Ching Hee sebagai setiausaha syarikat EL Chong Motor Trading Sdn. Bhd., pada 30 Jun 2010 didakwa melakukan kesalahan sama bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2009.

Sementara bagi pertuduhan ketiga dan keempat, Ching Hee pada 30 Jun 2011, sebagai setiausaha syarikat Aun Chuan Lee Trading & Transport Sdn. Bhd., dan Prosful Trading Sdn. Bhd., didakwa membuat pernyataan palsu dalam penyata audit kedua-dua syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010.

Pertuduhan kelima pula menyebut, pada 30 Jun 2011, sebagai setiausaha syarikat EL Chong Motor Trading Sdn. Bhd., tertuduh didakwa membuat pernyataan palsu dalam penyata audit syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2010.

Kelima-lima pertuduhan itu didakwa dilakukannya di alamat syarikat-syarikat tempatnya bekerja sebagai setiausaha di Jalan Besar, Taman Sungai Bakap, Nibong Tebal.

Bagi kesemua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 364A(1)(a) Akta Syarikat dan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM250,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendali oleh pegawai pendakwa daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohd. Zulkhairi Kamaruzaman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Artikel ini disiarkan pada : 01/10/2013
Sumber : Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...