From: xxxx@yahoo.com
To: "mr.radzi@yahoo.com" <mr.radzi@yahoo.com>
Sent: Friday, March 29, 2013 4:59 PM
Subject: pertanyaan tentang penubuhan syarikat
Sent: Friday, March 29, 2013 4:59 PM
Subject: pertanyaan tentang penubuhan syarikat
Hi En. Radzi,
suami saya dan kawannya
ingin membuka perniagaan menjual kertas dinding. adakah semasa mendaftar
perniagaan nanti under patnership? sekiranya company patnership adakah account
syarikat perlu di audit setiap tahun? adakah syarikat patnership perlu melalui
proses seperti syarikat sdn bhd? harap encik Radzi dapat membantu kerana saya
tiada pengalaman & tak tahu proses yang sepatutnya.
Terima kasih.
xxxxx
JAWAPAN
Salam sejahtera,
Perniagaan boleh dilakukan
dengan memilih entiti yang bersesuaian dan kehendak perniagaan itu sendiri.
Antara yang digunakan adalah melalui :
- Milikan Tunggal (Enterprise) - Bagi entiti Milikan Tunggal (Enterprise), ianya mudah ditubuhkan dan ianya adalah milik perseorangan. Bagi yang melebihi seorang (1), maka entiti Perkongsian boleh dipilih untuk ditubuhkan.
- Syarikat Sdn. Bhd. - Syarikat Sdn. Bhd. pula memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Syarikat.
Perbezaan Milikan
Tunggal dan Sdn. Bhd. boleh dibezakan melalui saiz, pengagihan keuntungan,
percukaian, jaminan, risiko, tanggungan dan sebagainya.
Keuntungan
dari segi agihan – Pemilik perniagaan Milikan Tunggal
(Enterprise) berhak ke atas kesemua keuntungan perniagaan. Manakala Syarikat
Sdn. Bhd., Pengarah dan Pemegang Saham adalah entiti berbeza. Keuntungan yang
diperolehi adalah milik Syarikat. Pemegang saham hanya boleh mendapat dividen
manakala para Pengarah boleh mendapat ganjaran atau gaji (Director
Remuneration) sekiranya diluluskan oleh pihak Pemegang Saham.
Jaminan
(Security) – Disebabkan Enterprise dan pemiliknya adalan satu
entiti, segala hutang atau masalah perniagan ditanggung oleh pemiliknya.
Apabila perniagaan dikenakan tindakan undang-undang, pihak ke-3 (penuntut)
boleh menarik harta benda pemiliknya melalui arahan mahkamah. Tiada jaminan diberikan
kepada perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise). Manakala Syarikat Sdn Bhd tiada
kaitan dengan pemiliknya. Bila Syarikat dibubarkan, para pemegang saham tidak
terjejas. Jaminan untuk Syarikat Sdn. Bhd. bergantung kepada jumlah saham yang
dilaburkan dan persetujuan bersama. Pelabur akan berasa kurang selamat jika
melabur dalam entiti Milikan Tunggal dan kebiasaanya pelabur memilih entiti
Syarikat Sdn. Bhd.
Liabiliti
(Tanggungan) – Liabiliti Syarikat Sdn. Bhd. akan
terhad atau berhenti setakat Syarikat Sdn. Bhd. (jumlah saham yang dilabur)
sedangkan Milikan Tunggal (Enterprise) akan melibatkan pemilik sepenuhnya dan
boleh menyebabkan tindakan oleh mahkamah.
Pandangan
Pihak Tuan/Puan boleh
membuka perniagaan Milikan Tunggal secara perkongsian. Perniagaan Perkongsian
ini perlu menyediakan 1 set penuh perakaunan yang mengandungi item di bawah :
a. Lejar Am (General Ledger)
b. Jurnal Am (General Journal)
c. Imbangan Duga (Trial Balance)
d. Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-kira (Balance Sheet and Income Statement)
e. Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation)
f. Jadual aset tetap beserta susut nilai
Penyata Perakaunan
untuk Perniagaan perkongsian ini tidak
perlu diaudit.
Akan tetapi, Penyata Perakaunan
perniagaan perkongsian ini perlu diisytiharkan hasil pendapatannya kepada pihak
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun melalui cara :
b. Penyediaan Borang B untuk pemilik Perniagaan setiap tahun.
Kesimpulannya, perbezaan antara Syarikat Sdn. Bhd. dan Perkongsian adalah:
a. Penyata perakaunan tidak perlu diaudit
b. Tiada Laporan Tahunan yang perlu diserah simpan kepada SSM bagi Milikan Tunggal dan Perkongsian.
c. Penubuhan Milikan Tunggal dan Perkongsian lebih mudah.
d. Kelemahan – setiap urusan berkaitan dengan SSM tidak boleh diwakilkan oleh pihak ketiga. Tidak seperti Syarikat Sdn. Bhd. yang boleh diwakilkan oleh Setiausaha Syarikat.
Sekian, terima kasih.
p/s : Diharap membantu.
Diterbitkan pada 1 April 2013
Radzi & Co.