10 February 2013

PENGENALAN - AUDIT

SYARIKAT SDN. BHD – AUDIT PENYATA KEWANGAN

Pengenalan

Mengikut Akta Syarikat 1965, Seksyen 167, semua syarikat yang diperbadankan di Malaysia mesti menyimpan sebarang penyata akaun yang mengandungi rekod hasil, perbelanjaan dan transaksi perniagaan dengan teratur dan baik.

Seksyen 167(1) mengkehendaki akaun Syarikat perlu diaudit bagi setiap tahun kewangan. Di Malaysia, Juruaudit bebas menjalankan audit Penyata Kewangan Syarikat mengikut piawaian  pengauditan yang diluluskan.

Kegagalan Syarikat mematuhi Seksyen 167(1), akan dikenakan kompaun sebanyak RM4,400. Audit tidak boleh dilaksanakan jika tiada penyata kewangan dari pihak Syarikat.
Definasi Audit

Audit adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan dan memberi pandangan ke atas kebenaran dan kesamaan penyata kewangan tersebut.

Audit juga adalah pemeriksaan ke atas penyata kewangan supaya ianya disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan dan juga kehendak yang tercatat di Jadual 9 Akta Syarikat. 

Tujuan Audit

Pemeriksaan dan kajian ke atas penyata kewangan Syarikat adalah untuk memperolehi bukti audit yang akan dinilai oleh seseorang Juruaudit.

Tempoh Perlaksanaan Audit

Bagi Syarikat yang baru ditubuhkan audit, maka audit perlu dilakukan dalam tempoh maksima 18 bulan ( 1 tahun 6 bulan ).

Manakala bagi Syarikat yang sudah menjalankan operasi seperti biasa, Syarikat perlu diaudit dalam tempoh 12 bulan bagi setiap tahun tutup perakaunan.



Sebab- sebab Pengauditan

Akta Syarikat 1997
  • Dibawah Akta Syarikat 1997, pengauditan perlu dilaksanakan di atas sebab-sebab berikut:
  • Mematuhi Seksyen 167
  • Mengemukakan ‘Annual Return’ dan bagi mengadakan ‘Annual General Meeting’.
  • Bagi pengiraan kewangan Syarikat dan penyerahan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  • Serah simpan borang cukai (Borang C & R)
  • Laporan Audit diperlukan bagi tujuan pemeriksaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)


Seksyen 9 - Akta Syarikat 1965.
Dibawah Akta Syarikat 1965, Seksyen 9 menetapkan bahawa hanya, ‘Juruaudit yang diluluskan ( mempunyai kelulusan dan kemahiran menjalankan tugas)’ dibenarkan menjalankan tugas Juruaudit.

Penyata Kewangan.
  • Setiap Syarikat bertanggungjawab menyediakan akaun-akaun yang lengkap seperti berikut untuk di audit:
  • Penyata Pendapatan Untung & Rugi ( Statement of Comprehensive Income)
  • Kunci Kira-Kira ( Statement of Financial Position)
  • Lejar Am
  • Jadual-jadual seperti jadual Aset, Penghutang dan sebagainya.


Seksyen 167(2) - Akta Syarikat 1965.
Syarikat hendaklah menyimpan rekod-rekod untuk tempoh 7 tahun selepas siap transaksi.

Seksyen 172 - Akta Syarikat 1965.
Seksyen 172 memperuntukan setiap Syarikat yang ditubuhkan mesti melantik Juruaudit Bebas. Juruaudit Bebas yang dilantik akan memegang jawatan sehingga tamat Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...