Seksyen 8 - Akta Wang Tidak Dituntut 1965;
1. Wang
yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam
satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.
Contoh di bawah kategori ini ialah:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
- Dividen;
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Contoh di bawah kategori ini ialah:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun
dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui
apa-apa urusniaga dalam satu
tempoh masa tidak kurang dari dua tahun.
Contoh di bawah kategori ini ialah:
- Akaun pemiutang dagangan;
- Akaun penghutang dagangan berbaki kredit
Syarikat yang mempunyai wang yang
tidak dituntut adalah wajib untuk:
- Menyelenggara Daftar Wang Tidak Dituntut
- Menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut dan Borang Serahan Wang Tidak Dituntut serta membayar wang tidak dituntut kepada Pendaftar selewat-lewatnya 31 Mac pada setiap tahun.
- Menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut kapada Percetakan Nasional Malaysia Berhad bagi tujuan pewartaan.
Ketidakpatuhan kepada Akta Wang Tidak
Dituntut 1995 adalah seperti berikut:
- Seksyen 10(1) - gagal menyelenggara Daftar Wang Tidak Dituntut.
- Seksyen 10(2)- gagal menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut kepada Pendaftar selewat lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya dan gagal membayar Wang Tidak Dituntut.
- Seksyen 10A(1) – gagal menyerah Daftar Wang Tidak Dituntut untuk diwartakan.
Seksyen
10(4) dan 10A(2) Akta Wang Tidak Dituntut 1965 memperuntukan bahawa Syarikat yang gagal mematuhi Seksyen 10(1), 10(2) dan 10A(1) Akta Wang Tidak Dituntut, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum DENDA tidak melebihi RM20,000 dan denda tambahan tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kemungkiran itu berterusan.
Walaubagaimanapun, menurut Seksyen 10(4) Akta Wang Tidak Dituntut, denda yang dikenakan tidak dihadkan kepada Syarikat sahaja. Mana-mana pegawai dalam Syarikat yang menyebabkan kesalahan dibawah Seksyen 10(1) dan 10(2) Akta Wang Tidak Dituntut juga boleh dihukum denda.
Seksyen 16 Akta Wang Tidak Dituntut 1965 menjelaskan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan boleh dikenakan kompaun oleh Pendaftar melalui kebenaran bertulis oleh Pendakwaraya dengan amaun tidak melebihi 50% dari denda maksimum bagi kesalahan tersebut. Tindakan pendakwaan tidak akan diambil bagi sesiapa yang membayar kompaun berkenaan.