25 March 2014

BUTIRAN MENGENAI AUDIT, AKAUN DAN CUKAI

Assalamualaikum.

Saya XXX dari YYY, ada membaca mengenai syarikat encik dalam laman web. Saya juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai servis yang disedikan oleh encik kerana syarikat saya tengah mencari setiausaha syarikat, akaun, audit dan tax baru untuk melaksanakan akaun syarikat saya.

 Di sini ada beberapa soalan untuk ditanyakan:

1. Sekiranya syarikat ingin bertukar setiausaha syarikat, akaun, audit dan tax macam mana yer?
2. Anggaran fees akaun dan audit untuk setahun berapa sekiranya syarikat keluarkan invois dalam RM1K++ dan penyata bank 2-3 muka surat sebulan?
3. Fees tax untuk tahun tersebut?
4. Fees untuk setiausaha syarikat? apa yang perlu dilakukan untuk tukar setiausaha syarikat baru?

Syarikat sangat berbesar hati sekiranya encik boleh menyediakan quotation untuk syarikat saya.

Terima kasih.



JAWAPAN:-

Waalaikummussalam.
Terima kasih kerana mengunjungi website kami.
Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang XXX ajukan:-

1.      PERTUKARAN SETIAUSAHA SYARIKAT, AKAUN, AUDIT DAN CUKAI

      a)      Setiausaha Syarikat
      Dokumen yang perlu disediakan:-
a)      Resolusi Pengarah – Pertukaran Setiausaha Syarikat
b)      Resolusi Pengarah – Pertukaran Alamat Berdaftar
c)      Borang 49
d)     Borang 44

Anggaran kos pertukaran adalah berjumlah RM260. Sama ada proses pertukaran tersebut dilakukan oleh pihak Setiausaha Syarikat lama atau Setiausaha Syarikat baru. Ianya bergantung kepada persetujuan penyerahan dokumen oleh pihak Setiausaha Syarikat lama.


Suka untuk diingatkan bahawa sekiranya Syarikat Puan masih mempunyai bayaran tertunggak dengan Syarikat Setiausaha Syarikat sebelum ini, maka bayaran tersebut perlulah dijelaskan terlebih dahulu agar fail Syarikat dapat diserahkan kepada Setiausaha Syarikat yang baru.

       b)     Akaun

Dari segi perakaunan, surat perlantikan sebagai Akauntan perlulah dibuat dan ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.

       c)      Audit

Untuk pertukaran Juruaudit Syarikat, surat perlantikan sebagai Juruaudit perlulah dibuat dan ditandatangani oleh Pengarah Syarikat. Surat ini juga perlulah dihantar kepada Setiausaha Syarikat untuk memaklumkan bahawa Syarikat telah melantik Juruaudit yang baru.

Sekiranya Syarikat Puan telah di audit sebelum ini, maka pihak Juruaudit yang baru dilantik akan menghantar ‘Professional Clearance Letter’ kepada Juruaudit sebelumnya untuk memaklumkan bahawa pihak Syarikat telah melantik Juruaudit yang baru.

        d)     Percukaian

Dari segi percukaian, surat perlantikan sebagai Agen Cukai Syarikt perlulah dibuat dan ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.

Surat ‘Professional Clearance Letter’ juga akan dihantar kepada Agen Cukai sebelumnya (jika ada) untuk memaklumkan bahawa pihak Syarikat telah melantik Agen Cukai yang baru.

2.      ANGGARAN YURAN AKAUN DAN AUDIT

      a)      Akaun

Anggaran yuran akaun untuk setahun adalah bermula serendah RM1,500 setahun tidak termasuk perbelanjaan lain (disbursement) seperti belanja telefon, alat tulis, percetakan dan sebagainya.

Ianya juga bergantung kepada jangkamasa dan ‘workloaded’ transaksi untuk menyiapkan sesuatu perakaunan.


      b)     Audit

Anggaran yuran Audit adalah bergantung kepada garis panduan yang telah diberikan oleh Malaysian Institute of Accountant (MIA). Yuran audit adalah berdasarkan jumlah Pendapatan Kasar setahun atau jumlah Aset sesebuah Syarikat (yang mana lebih tinggi). Dilampirkan jadual Audit untuk rujukan pihak Puan.

Untuk Syarikat tidak aktif, yuran Audit adalah serendah RM800 tidak termasuk perbelanjaan lain (disbursement)


3.      YURAN CUKAI

Menurut Undang-undang Cukai di Malaysia, semua entiti yang menerima pendapatan di Malaysia dikehendaki mengemukakan Borang Cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967(ACP 1967) untuk sesuatu Tahun Taksiran yang berkaitan.
Borang yang perlu dikemukan dan diisytiharkan kepada LHDN serta anggaran yuran cukai adalah seperti berikut:

a.      Borang C & R
Anggaran yuran iaitu penyediaan cukai dan penghantaran borang kepada LHDN adalah bermula serendah RM1,500 setahun.

b.      Borang CP 204
Anggaran yuran iaitu penyediaan dan penghantaran borang kepada LHDN adalah sebanyak RM150 setahun.

c.       Borang E
Anggaran yuran iaitu penyediaan dan penghantaran borang kepada LHDN adalah sebanyak RM250 setahun.

d.      Borang EA
Anggaran yuran iaitu penyediaan borang adalah sebanyak RM30 untuk seorang pekerja setahun.

     Yuran yang dinyatakan di atas tidak  termasuk perbelanjaan lain (disbursement) seperti belanja telefon, alat tulis, percetakan dan sebagainya.
Ianya juga bergantung kepada masa yang dijangka untuk menyiapkan sesuatu percukaian (work loaded) dan jumlah transaksi yang direkodkan.


4.      YURAN SETIAUSAHA DAN CARA PERTUKARAN SETIAUSAHA SYARIKAT

Untuk makluman Puan, yuran Setiausaha Radzi & Co adalah seperti berikut:-
a)      RM60.00 (untuk 2 tahun pertama)
b)      RM70.00 (bagi tahun ke-3 dan ke-4)
c)      Boleh Dirunding (untuk tahun ke-5 dan keatas)

Cara pertukaran Setiausaha Syarikat adalah sama seperti yang telah kami nyatakan di atas.

Kebiasaannya, kami memerlukan salinan dokumen berikut (sama ada menerusi email atau kurier) bagi membolehkan pihak kami menyediakan segala dokumen-dokumen yang berkaitan:-
a.       Borang 44
b.      Borang 49

Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...