Proses Pendaftaran Syarikat


Peringkat Pertama


Permohonan mencari nama Syarikat - Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:

          a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai

          b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim

          c. Tidak boleh menggunakan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.


Pada ketika ini (1 November 2011), bilangan jumlah Syarikat Sdn. Bhd dan Berhad telah mencapai angka 970,000. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat telah digunapakai dan didaftarkan.



Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:

a.    Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.

b. Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.

c.  Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJAGROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)

d.    Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English. 

Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek :Kappa = K dan Sigma = S).


Peringkat Kedua


Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 9 (Sijil Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan.


Antaranya adalah :

 a. Memorandum dan Artikel Syarikat - M & A

Merupakan Peraturan, Undang-undang dan Perlembagaan Syarikat. Antara pekara yang penting yang perlu dinyatakan adalah :

i.              Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat
ii.            Jumlah Saham Dibenarkan dan Saham Dibayar - Authorised and Paid-up Capital

iii.           Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat

iv.          Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.


b. Borang Perlantikkan Pengarah - Borang 48A - Merupakan pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.

c. Penyataan Pematuhan - Borang 6


                Nota :

                1. Kesemua borang dan dokumen diatas perlu disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan Dimeterai dengan Duti                Setem.

                2. Pada peringkat ini Yuran Pendaftaran Syarikat baru akan dibayar kepada pihak SSM bagi membolehkan        pihak SSM memproses borang dan dokumen tersebut.



Peringkat Terakhir


Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Sijil Penubuhan Syarikat iaitu Borang 9 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari.

Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.


a.Borang 24 – Merupakan Borang Maklumat Saham dan Pemegang Saham termasuklah Saham Diterbitkan                                 dan Saham Dibenarkan (Authorised dan Paid-up Capital).
b.Borang 44 – Merupakan dokumen yang menyatakan maklumat dam kedudukan Pejabat Berdaftar Syarikat

c.Borang 49 – Borang yang menyatakan maklumat Para Pengarah, Pengurus dan Setiausaha Syarikat.


Dokumen Simpanan Anda Selepas Penubuhan :

a)       5 Salinan Memorandum dan Arikel - M & A

b)       5 Salinan Borang 44

c)       5 Salinan Borang 49

d)       5 Salinan Borang 24

e)       5 Salinan Borang 9

f)        Resolusi pembukaan Akaun Bank Syarikat (Bank Pilihan Anda)


Kesemua dokumen yang diserahkan kepada pelanggan telah ditandatangi (Certified True Copy) oleh pihak Setiausaha Syarikat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...