PENGARAH, PEMEGANG SAHAM & SYARIKAT


From: xxxxx@yahoo.com
To: mr.radzi@ymail.com
Sent: Thursday, March 14, 2013 2:00 PM
Subject: Pengarah Syarikat
Assalammualaikum En.Radzi,
Saya ingin mengutarakan satu soalan iaitu bolehkah seseorang yang masih berkerja di syarikat lain, merancang untuk menjalankan sdn bhd dan menjadi pengarah syarikat.

Adakah ianya dibolehkan? Jika tidak boleh, atas alasan apa yang menyebabkan ianya tidak layak untuk menjadi pengarah syarikat.



Jawapan :

Waalaikumsalam

Setiap Syarikat disyaratkan mempunyai sekurangnya 2 orang Pengarah dan tiada had berkanun mengenai bilangan maksima melainkan yang telah ditetapkan oleh Artikel Syarikat. Pada kebiasaanya maksima bilangan Pengarah dalam Artikel Syarikat adalah 50 orang. Akta Syarikat 1965 menerangkan hanya 2 kelayakan yang diperlukan untuk membolehkan seseorang itu menjadi Pengarah Syarikat :

a)      Ia mestilah seorang manusia
b)      Ia mestilah cukup umur dan berkeupayaan

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Bursa Saham Malaysia pula untuk seseorang itu menjadi Pengarah Syarikat adalah :

a)   Tidak boleh menjadi Pengarah Syarikat lebih daripada 10 Syarikat Tersenarai Awam (Public Listed Companies)
b)    Tidak boleh menjadi Pengarah Syarikat lebih daripada 15 Syarikat selain daripada Syarikat Tersenarai Awam (Public Listed Companies)

Seseorang tidak layak untuk menjadi Pengarah Syarikat atas sebab-sebab yang berikut:

a)      Menjadi bankrap;
b)  Terhalang daripada menjadi Pengarah Syarikat disebabkan oleh mana-mana perintah dalam Akta Syarikat 1965;
c)      Menjadi tidak siuman;
d)   Memegang jawatan lain melainkan jawatan Pengarah Urusan dalam Syarikat, kecuali jika dibenarkan dalam Mesyuarat Agung

Kesimpulannya, dari segi Akta Syarikat, Cik/En. boleh menjadi Pengarah Syarikat sekiranya Cik/En. tidak dikategorikan seperti makluman di atas.

Sekian, terima kasih

P/s: semoga membantu

Diterbitkan oleh Radzi & Co.
15 Mac 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...