MODAL SAHAM SYARIKAT


PERTANYAAN 1 - MODAL SAHAM SYARIKAT


From: xxx@gmail.com
To: "mr.radzi@yahoo.com" <mr.radzi@yahoo.com>
Sent: Monday, February 25, 2013 2:38 PM
Subject: Paid-up capital

Salam En. Radzi,

Saya ada soalan berkenaan paid-up capital.

Jika syarikat saya mempunyai paid-up capital RM100,000.00 bersamaan dengan authorised paid-up capital,

1.      Adakah jumlah ini perlu berada didalam akaun bank syarikat setiap masa?
2.    Jika ianya digunakan dan kurang dari jumlah yang di declare, perlukah ianya di tambah supaya jumlah RM100,000.00 ini kembali kepada RM100,000.00?
3.      Semasa proses audit tahunan, dan mengemaskini akaun-akaun syarikat, perlukah jumlah RM100,000.00 ini rekodkan sebagai transaksi?


Sekian
xxxxxx

JAWAPAN


Soalan 1 & 2

Untuk makluman, apabila sebuah syarikat menerbitkan saham syarikat, maka  pihak yang melanggan saham tersebut wajib membayar saham yang dilanggan. Duit tersebut pada kebiasaannya akan dimasukkan ke dalam akaun syarikat iaitu akaun bank. Saham tersebut merupakan modal perniagaan bagi syarikat.

Persoalan samaada modal berbayar(Paid-up capital) perlu sentiasa berada di dalam akaun bank syarikat, ini bergantung kepada syarikat itu sendiri iaitu bagaimana syarikat menggunakan modal syarikat tersebut.

Apabila modal berbayar(paid-up capital) telah dibayar oleh pihak yang melanggan maka hakmilik sepenuhnya oleh syarikat dalam menggunakan modal tersebut.

Oleh yang demikian, keperluan bagi memastikan modal didalam akaun bank syarikat berada sentiasa seperti modal berbayar(Paid-up capital) adalah bergantung kepada pengurusan syarikat.

Soalan 3

Ya, dari segi perakaunan, saham yang diterbitkan dan dilanggan perlu direkodkan pada peringkat saham ini diterbitkan sahaja. Ini bermaksud, RM 100,000 yang diterbitkan seperti soalan Tuan hanya direkodkan sebagai modal saham syarikat yang diterbitkan iaitu  pada peringkat permulaan sahaja.

Sekian, terima kasih.

p/s : semoga membantu


PERTANYAAN 2 - MODAL SAHAM SYARIKAT


From: xxxx@xxxx
To: radziandco@yahoo.com;
Sent: Friday, March 1, 2013 3:47 PM
Subject: pertanyaan modal berbayar

Salam,

Nk tanye,

1)  Adakah modal berbayar sama dengan modal sebenar ygn digunakan untuk memulakan sesuatu perniagaan??

2)    Sekiranya modal berbayar sesuatu syarikat itu adalah RM25 000.00 adakah dlm akaun syarikat kena ada jumlah yang sama??

3)      Apakah yang di nyatakan dalam form29 bagi sesebuah syarikat.

Harap dapat terangkan secara detail.. Terima Kasih..

JAWAPAN


Soalan 1 & 2

seperti jawapan di 'Pertanyaan 1 - Modal Saham Syarikat'

Soalan 3

Tiada wujudnya Borang 29

Mungkin Tuan maksudkan Borang 24. Borang 24 ini adalah menunjukkan saham yang diterbitkan ketika itu dan jumlah modal yang dibenarkan ketika itu.

Sekian, terima kasih.
Semoga membantu

Diterbitkan pada 04 March 2013
Radzi & Co. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...