PERAKAUNAN


Q&A : PERTANYAAN MENGENAI PERAKAUNAN

From: xxxx@yahoo.com
To: "
mr.radzi@yahoo.com" <mr.radzi@yahoo.com>
Sent: Tuesday, March 19, 2013 7:22 PM
Subject: accounting matter

Salam,
nama saya xxx,bekerja di bahagian akaun dan telah bekerja selama 3 tahun iaitu selepas tamat pengajian. Tugas saya adalah menjaga aliran wang keluar dan masuk, manage account receivable dan payable, payroll staff dan juga menyediakan penyata kewangan syarikat. syarikat saya adalah syarikat SME di mana hanya ada dua orang pekerja di bhgn akaun.


walaupun saya berkelulusan perakaunan, saya merasakan saya tidak mampu untuk membuat penyata kewangan di mana melibatkan inter company transaction. saya merasa tertekan dengan keadaan ini di mana saya tiada superior (account) untuk dirujuk. adakah saya perlu mencari pekerjaan yang baru dan mencadangkan kepada majikan untuk menggunakan perkhidmatan perkaunan. pandangan en radzi amat saya hargai.

terima kasih

JAWAPAN

Waalaikumsalam,

Antara perkara-perkara yang perlu untuk menjadi Akauntan yang berwibawa ialah seseorang itu perlu 
  • Berilmu 
  • Berpendidikan 
  • Berpengalaman dsb 
Pendidikan yang bersesuaian ialah sekurang-kurangnya ijazah dalam bidang Perakaunan. Setiap Penyata Kewangan hendaklah disediakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan : 
  • Akta Syarikat dan Akta Perniagaan 
  • FRS (Financial Reporting Standard) dan MASB (Malaysian Institute Standard Board). 
  • Perakaunan yang diterima umum 
Merujuk kepada perkara yang melibatkan transaksi diantara Syarikat atau ‘Inter Company Transaction’, perkara yang perlu dititik beratkan ialah berkenaan cara perekodan dan pengisytiharan transaksi tersebut. 

Bagi Syarikat Sdn. Bhd., setiap Syarikat mempunyai Juruaudit bebas yang tersendiri. Salah satu cara alternatif ialah dengan merujuk kepada Juruaudit Syarikat bagi mendapatkan penjelasan yang terbaik ataupun pihak Syarikat boleh merujuk kepada orang yang berwibawa dan berpengalaman. 

Transaksi antara Syarikat ini perlu dilihat daripada transaki :
A. Syarikat dan Syarikat
B. Syarikat dan Enterprise

Jika melibatkan Syarikat dan Enterprise, ia perlulah merujuk kepada Akta dan mengenal pasti siapa pemiliknya (Ownership). 

Cadangan kami ialah pihak Syarikat mencari konsultan yang bersesuaian dalam menguruskan perkara berikut : 

A. Perakaunan
B. Pengauditan
C. Percukaian
D. Akta Syarikat dan Akta Perniagaan

Dengan adanya konsultan yang berwibawa, ia secara tidak langsung akan memberi panduan dan pengalaman yang berguna kepada Perniagaan dan seterusnya memberi kecekapan, ilmu dan pengetahuan kepada Syarikat. 

Sekian, terima kasih.

p/s : Semoga membantu

Dikemas kini pada 20 Mac 2013
Radzi & Co.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...