Pinjaman Syarikat dan Tanggungjawab Pengarah

From: xxxx@yahoo,com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Friday, February 22, 2013 12:33 PM
Subject: Pertanyaan


Salam En.Radzi,

Saya ada view blog En.Radzi dan saya ingin bertanya kan soalan dan minta pendapat En.Radzi berkaitan situasi dibawah.

Saya bekerja sebagai pengurus di salah sebuah syarikat Sdn Bhd di Seremban. Pada Julai 2011, majikan saya memasukkan nama saya sebagai Pengarah syarikat dengan alasan kedua-dua pengarah yang ada sudah blacklist.

Bermula hujung tahun 2012 dan sehingga tarikh hari ini, syarikat saya banyak memohon pinjaman bank untuk mendapatkan modal pusingan syarikat dan saya merupakan salah seorang penjamin. Majikan saya juga ada menyatakan yang beliau dan juga ex-pengarah yang juga sudah blacklist sebelum ini, akan masuk sebagai pengarah semula pada bulan May ini. 


Persoalannya disini, sekiranya permohonan tersebut lulus dan saya menandatangani perjanjian tersebut, apakah kesan-kesan kepada saya sebagai pengarah syarikat dan sebagai individu sekiranya saya berhenti kerja di masa hadapan? 

Saya sudah bertanyakan soalan ini pada majikan saya dan jawapannya adalah saya hanya tanda tangan perjanjian sebagai pengarah syarikat dan sekiranya saya menamatkan perkhidmatan di syarikat ini sebagai pengarah syarikat, saya tidak akan terlibat langsung sekiranya syarikat menghadapi masalah kewangan di masa hadapan. Adakah jawapan ini betul atau sekiranya berlaku masalah kewangan di kemudian hari, saya sebagai penjamin semasa perjanjian dijalankan, perlu bertanggungjawap walaupun saya sudah menamatkan perkhidmatan?.

Saya amat berharap agar En.Radzi boleh menjawap persoalan saya dan memberi pandangan sekiranya ada apa-apa keperluan berkaitan soalan saya ini.

Terima kasih.

Jawapan :

Salam,

Perkara yang perlu difahami ialah Pengarah terikat dengan Akta Syarikat apabila sudah dilantik untuk jawatan tersebut. Walaupun Pengarah tersebut hanya digunakan sebagai Penama, namun tanggungjawab sebagai Pengarah tetap ada dan tidak terlepas.

Secara teknikalnya, Pengarah adalah individu yang bertanggungjawab dalam mewakilkan Syarikat Sdn. Bhd. Sekiranya pinjaman yang dibuat mewajibkan jaminan daripada Pengarah itu sendiri, maka secara tidak langsung Pengarah tersebut bertanggungjawab walaupun Pengarah itu sudah berhenti daripada Syarikat.

Merujuk kepada situasi Tuan jika sekiranya Tuan telah berhenti kerja pada masa hadapan, pihak Syarikat perlu memaklumkan kepada pihak institusi kewangan yang berkaitan atas pemberhentian Pengarah tersebut supaya nama Pengarah tersebut dikeluarkan. Kebiasaanya, pihak bank akan meminta pengganti. Kemudian, selepas tempoh 2 tahun, barulah Pengarah yang berhenti tadi dikecualikan jika terdapat sebarang tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas Syarikat.

Jikalau Tuan tidak mendatangani perjanjian sebagai Guarantor (Kapasiti sendiri) untuk menjadi pinjamin pinjaman tersebut, maka Tuan tidak akan dikenakan tindakan. Manakala, jika Tuan mendatangani perjanjian tersebut sebagai ‘Joint & Several Guarantor’, maka Tuan juga boleh dikenakan tindakan mahkamah jika berlaku pendakwaan di kemudian hari.

Sekian, terima kasih.

p/s : Diharap membantu


From: xxxx@yahoo,com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Friday, February 22, 2013 7:50 PM
Subject: Re: Jawapan untuk persoalan : Pinjaman Syarikat dan tanggungjawab Pengarah


Terima kasih En.Radzi..

Jawapan yang sangat membantu..

Boleh ke saya dapatkan pandangan En.Radzi, apakah cara-cara untuk saya berundur dari jawatan Pengarah ini?

Saya akui bahawa majikan saya tidak berlaku jujur dalam menerangkan tugas-tugas dan kesan sebenar sebagai Pengarah..

Saya baru berumur 26tahun dan belum berkahwin..Saya takut sekiranya permohonan itu lulus dan majikan saya belum lagi masuk sebagai Pengarah semula dan saya terpaksa menandatangani perjanjian tersebut seterusnya meletakkan diri saya dalam keadaan terbeban di masa akan datang..

Saya agak tidak percaya dalam pengurusan yang dijalankan oleh majikan-majikan saya..kerana itu saya amat takut sekiranya permohonan pinjaman itu lulus..

Boleh En.Radzi advise saya apa-apa yang patut?

Terima kasih

Jawapan :

Berdasarkan apa yang dinyatakan, kebarangkaliannya boleh terjadi. 

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Pengarah tetap akan bertanggungjawab seperti yang termaktub di dalam Akta Syarikat walaupun ianya hanyalah digunakan sebagai penama sahaja.

Pandangan kami, bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang bakal timbul di kemudian hari, dinasihatkan supaya Tuan meletak jawatan sebagai Pengarah. Jawatan Pengarah adalah satu jawatan yang melibatkan tanggungjawab yang besar. Tuan boleh menyatakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Pengarah kepada majikan Tuan. Hak untuk meletak jawatan adalah hak Pengarah itu sendiri dan tiada siapa boleh halang.

Sekian, terima kasih.


Diterbitkan pada 23.02.2013
Radzi & Co.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...