From: xxx@yahoo.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: On Wednesday, September 2, 2015 12:10 PM
Subject: Masalah antara sdn bhd akibat transaksi dgn enterprise
Salam En.Radzi, sya ada
permasalahan dalam menyediakan penyata kewangan syarikat yang baru
ditubuhkan. syarikat ini mempunyai akaun satu akaun bank, tetapi semasa
issuance of share, sebhagian besar wang itu diletakkan di bank enterprise, dan
digunakkan utk menyelesikan segala urusan enterprise seperti membayar pemiutang,
tetapi barang yang dibeli dari pemiutang tersebut digunakkan oleh sdn bhd dalam
perniagaan.
banyak bayaran sdn bhd
dilakukan mengunakkan bank enterprise, sya jadi bingung untuk buat penyesuaian
bank. sebab bank enterprise juga digunakan oleh director sendiri.
apa yang perlu saya
lakukan. dan masalh yg lain pula, penghutang kami selalu tersalah buat bayaran
ke dalam akaun enterprise. bukan tak nak tutup akaun tu tapi ada urusan masih
belum selesai. mohon pencerahan dan pertolongan.
JAWAPAN
Waalaikumsalam,
Terima
kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas
berhubung soalan yang telah diajukan :
Penggunaan
bank Enterprise dan Sdn. Bhd.
Merujuk kepada persoalan Tuan/Puan, sewajarnya setiap
entiti Perniagaan sama ada Milikan Tunggal mahupun Syarikat Sdn. Bhd. perlu
menggunakan akaun masing-masing yang berasingan bagi memudahkan entiti
tersebut.
Pengasingan Akaun
Apa yang perlu dibuat adalah dengan mengasingkan transaksi antara
Enterprise dan Sdn. Bhd. Belian bayaran, terimaan daripada penghutang dan semua
transaksi yang melibatkan operasi Sdn. Bhd. direkodkan seperti biasa. Apa yang
penting adalah tujuan transaksi tersebut walaupun ianya menggunakan medium
pembayaran daripada entiti yang berbeza. Apa-apa yang melibatkan operasi
Syarikat, ianya tetap perlu direkodkan
Notis
makluman kepada Penghutang
Syarikat perlulah menghantar makluman berkaitan pertukaran entiti
pernigaan tersebut. Ianya adalah bagi tujuan kawalan dalam sistem perekodan
akaun Syarikat itu sendiri dan bagi memudahkan urusan Syarikat di kemudian
hari.
Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu