From: xxx@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: On Saturday,
January 24, 2015 4:31 PM
Subject: Pertanyaan
penubuhan Syarikat
Salam En. Radzi,
Saya terjumpa blog tuan
dan ingin bertanya tetang situasi saya.
Saya berkerja dan
menetap di xxx sehingga sekarang. Saya akan membeli sebidang tanah di xxx
berharga RM200k pada bulan March ini. Tanah tersebut ialah tanah pertanian yang
mempunyai pokok getah. Saya bercadang untuk membeli dan terus mencagarkan tanah
itu supaya mendapat modal untuk memajukan tanaman dan ternakan kambing di tanah
tersebut.
Soalan saya;
- Pada situasi diatas, adakah lebih baik membeli tanah atas nama personal atau nama syarikat?
- Untuk menjalankan aktivity pertanian dan ternakan dengan kos permulaan sekitar 20,000 - 50,000 berapakah modal berbayar yang patut?
- Perlukah modal berbayar ini di naikan dari RM2 dan apa kebaikannya?
- Berapa lamakah masa yang diambil untuk menubuhkan syarikat sdn bhd sehingga kepada pembukaan akaun bank syarikat?
- Adakah lebih baik jika kesemua aktiviti diatas hanya dengan syarikat enterprise?
Harap mendapat maklum balas dari tuan.
Terima kasih.
xxx
JAWAPAN
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana mengunjungi
blog kami dan mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas
berhubung soalan yang telah diajukan :
1.
Aset
Syarikat dan aset pemilik
Terpulang kepada individu itu sendiri sama
ada membeli tanah atas nama peribadi ataupun Syarikat. Jika dibeli atas nama
Syarikat, ianya akan menjadi aset dan hak milik Syarikat. Jika dibeli atas nama
individu pula, tanah tersebut boleh juga dimasukkan sebagai aset Syarikat.
Pada pandangan kami, tanah tersebut
dibeli atas nama individu. Manakala Syarikat pula boleh membayar sewa kepada
individu tersebut atas penggunaan tanah tersebut.
2.
Modal
berbayar
Jumlah Modal berbayar adalah terpulang
kepada kemajuan dan keperluan kewangan Syarikat tersebut.
Untuk makluman, apabila sebuah Syarikat menerbitkan saham,
maka pihak yang melanggan saham tersebut wajib membayar saham yang
dilanggan. Modal saham boleh ditingkatkan melalui secara Tunai (Cash) atau
Bukan Tunai (Non Cash). Bukan Tunai merujuk kepada selain daripada Tunai
seperti Kenderaan, Bangunan, Tanah dan lain-lain yang boleh dinilaikan secara
rasional.
Saham tersebut merupakan modal perniagaan bagi Syarikat. Apabila saham telah dibayar oleh pihak yang melanggan, maka hakmilik sepenuhnya oleh Syarikat dalam menggunakan modal tersebut. Oleh yang demikian, modal berbayar boleh membantu Syarikat dalam menjalankan aktiviti perniagaan dengan lebih teratur.
3.
Penambahan
modal berbayar dan kebaikannya
Secara amnya, untuk menubuhkan Syarikat
memerlukan kos permulaan minimum bayaran sebanyak RM2,000 dan ke atas. Ini
merupakan sebahagian modal awal yang dibayar oleh Pemegang Saham itu sendiri.
RM2 merujuk kepada jumlah nilai minimum saham yang perlu ada di Syarikat.
Oleh yang demikian, modal saham berbayar
RM2 sepatutnya menjadi lebih daripada RM2,000 (bersesuaian dengan kos penubuhan
Syarikat). Secara amnya, modal berbayar yang lebih tinggi dapat mengukuhkan
perniagaan itu sendiri.
4.
Tempoh
untuk menubuhkan Syarikat Sdn Bhd
Tempoh untuk menubuhkan Syarikat Sdn.
Bhd. adalah dalam tempoh 4-6 hari waktu bekerja sahaja. Pembukaan akaun bank
Syarikat boleh dilakukan selepas Syarikat ditubuhkan. Adalah dinasihatkan untuk
memasukkan modal berbayar (cash) ke dalam bank Syarikat dalam tempoh sebulan selepas
Syarikat ditubuhkan.
5.
Enterprise
dan Sdn Bhd
Perbezaan antara Enterprise dan Syarikat Sdn Bhd adalah :
- Penyata perakaunan bagi Enterprise tidak perlu diaudit
- Tiada Laporan Tahunan yang perlu diserah simpan kepada SSM bagi Enterprise
- Penubuhan Enterprise lebih mudah.
- Kelemahan Enterprise – setiap urusan berkaitan dengan SSM tidak boleh diwakilkan oleh pihak ketiga. Tidak seperti Syarikat Sdn. Bhd. yang boleh diwakilkan oleh Setiausaha Syarikat.
Jika melibatkan modal dan usaha yang banyak dan
berterusan dalam perniagaan, entity Syarikat Sdn. Bhd. adalah dicadangkan.
Walaupun kos agak tinggi berbanding Enterprise, namun ianya mempunyai kelebihan
tersendiri.
Secara amnya, Syarikat Sdn. Bhd.
kebanyakkan ditubuhkan bagi mereka yang agak serius dan komited dengan
perniagaan mereka. Syarikat Sdn. Bhd. juga dilihat sebagai lebih professional
dan selamat kerana ia dapat memastikan kesinambungan Syarikat itu akan
berterusan dan ianya boleh diwarisi. Prosedur-prosedur Syarikat Sdn. Bhd.
adalah tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.
Namun bagi peniaga kecil-kecilan, perniagaan
Enterprise adalah digalakkan.
KESIMPULAN
Pada pendapat kami, jenis perniagaan yang boleh
ditubuhkan sama ada Syarikat Sdn Bhd atau Enterprise adalah terpulang kepada
individu itu sendiri dan juga sejauh mana individu itu komited dalam
menjalankan perniagaan tersebut.
Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.