|
JAWAPAN:-
Waalaikummussalam.
Terima
kasih kerana mengunjungi website kami.
Berikut
merupakan maklumbalas berhubung soalan yang XXX ajukan:-
1. PERTUKARAN
SETIAUSAHA SYARIKAT, AKAUN, AUDIT DAN CUKAI
a) Setiausaha Syarikat
Dokumen
yang perlu disediakan:-
a) Resolusi
Pengarah – Pertukaran Setiausaha Syarikat
b) Resolusi
Pengarah – Pertukaran Alamat Berdaftar
c) Borang
49
d) Borang
44
Anggaran
kos pertukaran adalah berjumlah RM260. Sama ada proses pertukaran tersebut
dilakukan oleh pihak Setiausaha Syarikat lama atau Setiausaha Syarikat baru.
Ianya bergantung kepada persetujuan penyerahan dokumen oleh pihak Setiausaha
Syarikat lama.
Suka
untuk diingatkan bahawa sekiranya Syarikat Puan masih mempunyai bayaran tertunggak
dengan Syarikat Setiausaha Syarikat sebelum ini, maka bayaran tersebut perlulah
dijelaskan terlebih dahulu agar fail Syarikat dapat diserahkan kepada Setiausaha
Syarikat yang baru.
b) Akaun
Dari
segi perakaunan, surat perlantikan sebagai Akauntan perlulah dibuat dan
ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
c) Audit
Untuk
pertukaran Juruaudit Syarikat, surat perlantikan sebagai Juruaudit perlulah dibuat
dan ditandatangani oleh Pengarah Syarikat. Surat ini juga perlulah dihantar kepada
Setiausaha Syarikat untuk memaklumkan bahawa Syarikat telah melantik Juruaudit
yang baru.
Sekiranya
Syarikat Puan telah di audit sebelum ini, maka pihak Juruaudit yang baru
dilantik akan menghantar ‘Professional Clearance Letter’ kepada Juruaudit sebelumnya
untuk memaklumkan bahawa pihak Syarikat telah melantik Juruaudit yang baru.
d) Percukaian
Dari
segi percukaian, surat perlantikan sebagai Agen Cukai Syarikt perlulah dibuat
dan ditandatangani oleh Pengarah Syarikat.
Surat
‘Professional Clearance Letter’ juga akan dihantar kepada Agen Cukai sebelumnya
(jika ada) untuk memaklumkan bahawa pihak Syarikat telah melantik Agen Cukai
yang baru.
2. ANGGARAN
YURAN AKAUN DAN AUDIT
a)
Akaun
Anggaran
yuran akaun untuk setahun adalah bermula serendah RM1,500 setahun tidak
termasuk perbelanjaan lain (disbursement) seperti belanja telefon, alat tulis,
percetakan dan sebagainya.
Ianya
juga bergantung kepada jangkamasa
dan ‘workloaded’ transaksi untuk
menyiapkan sesuatu perakaunan.
b)
Audit
Anggaran
yuran Audit adalah bergantung kepada garis panduan yang telah diberikan oleh
Malaysian Institute of Accountant (MIA). Yuran audit adalah berdasarkan jumlah
Pendapatan Kasar setahun atau jumlah Aset sesebuah Syarikat (yang mana lebih
tinggi). Dilampirkan jadual Audit untuk rujukan pihak Puan.
Untuk
Syarikat tidak aktif, yuran Audit adalah serendah RM800 tidak termasuk
perbelanjaan lain (disbursement)
3. YURAN
CUKAI
Menurut
Undang-undang Cukai di Malaysia, semua entiti yang menerima pendapatan di
Malaysia dikehendaki mengemukakan Borang Cukai kepada Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967(ACP 1967) untuk sesuatu Tahun
Taksiran yang berkaitan.
Borang
yang perlu dikemukan dan diisytiharkan kepada LHDN serta anggaran yuran cukai
adalah seperti berikut:
a.
Borang
C & R
Anggaran yuran iaitu
penyediaan cukai dan penghantaran borang kepada LHDN adalah bermula serendah
RM1,500 setahun.
b. Borang CP 204
Anggaran yuran iaitu
penyediaan dan penghantaran borang kepada LHDN adalah sebanyak RM150 setahun.
c. Borang E
Anggaran yuran iaitu
penyediaan dan penghantaran borang kepada LHDN adalah sebanyak RM250 setahun.
d. Borang EA
Anggaran yuran iaitu
penyediaan borang adalah sebanyak RM30 untuk seorang pekerja setahun.
Yuran
yang dinyatakan di atas tidak termasuk
perbelanjaan lain (disbursement) seperti belanja telefon, alat tulis,
percetakan dan sebagainya.
Ianya
juga bergantung kepada masa yang dijangka untuk menyiapkan sesuatu percukaian (work
loaded) dan jumlah transaksi yang direkodkan.
4. YURAN
SETIAUSAHA DAN CARA PERTUKARAN SETIAUSAHA SYARIKAT
Untuk makluman Puan,
yuran Setiausaha Radzi & Co adalah seperti berikut:-
a) RM60.00
(untuk 2 tahun pertama)
b) RM70.00
(bagi tahun ke-3 dan ke-4)
c) Boleh
Dirunding (untuk tahun ke-5 dan keatas)
Cara
pertukaran Setiausaha Syarikat adalah sama seperti yang telah kami nyatakan di
atas.
Kebiasaannya,
kami memerlukan salinan dokumen berikut (sama ada menerusi email atau kurier)
bagi membolehkan pihak kami menyediakan segala dokumen-dokumen yang berkaitan:-
a. Borang
44
Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu.