From: xxx@gmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: Wednesday, March 4, 2015 5:35 PM
Subject: Ambilan/
Drawing
Assalamualaikum En
Radzi,
Saya ada terbaca
komen-komen En di dalam blog, jadi saya amat berharap En dapat membantu saya
untuk menyelesaikan kekusutan saya ini.
Saya memiliki sebuah
syarikat milikan tunggal.Saya ada membuat "ambilan" yg banyak.
bertujuan untuk keperluan peribadi seperti ubahsuai rumah. Persoalan saya
adakah ambilan ini akan dikenakan cukai? Setahu saya milikan tunggal, cukai
individu dan syarikat adalah sama.
Saya ada merujuk kepada
akauntan yang membuat akaun untuk syarikat ini. Dia mengatakan tiada malasah
sekiranya saya declare ambilan didalam akaun syarikat saya. Saya boleh letak
sebagai "drawing" dalam balance sheet. Tetapi ada auditor yang saya
rujuk mengatakan ini dikira sebagai "amount due to director".
Sekiranya lhdn datang untuk buat semakan saya mungkin akan dikenakan denda.
Boleh terangkan kepada saya
konsep ambilan ni?
Adakah saya perlu letak
sebagai "drawing" atau "amount due to director"?
Adakah ambilan ini akan
dikenakan cukai?
Satu perkara lagi, saya
ada ambil gaji bulanan beserta pembayaran epf. Adakah ini perkara yang
dibenarkan untuk syarikat milikan tunggal?
Sangat berharap
penjelasan dari En Radzi.
Terima Kasih.
xxx
JAWAPAN
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana mengunjungi
blog kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang telah diajukan :
Untuk makluman Cik/Puan, Perniagaan Milikan Tunggal
ataupun Enterprise, akaun perniagaan mereka tidak perlu diaudit. Keuntungan
perniagaan akan dikira sebagai
pendapatan individu.
Konsep
ambilan adalah perkara dimana pemilik mengeluarkan wang
tunai atau bank atau barang niaga untuk kegunaannya sendiri. Ambilan tidak
dikenakan cukai. Pada kebiasaanya terma ini wujud dalam akaun Perniagaan.
Manakalah istilah Pengarah (Director) dan perkara ‘Amount due to/from Director’ digunakan
di dalam Syarikat Sdn Bhd. Oleh yang demikian, segala ambilan oleh Pengarah
diletakkan sebagai Amaun Terhutang dari Pengarah (Amount due from Director) di
Kunci Kira-kira.
Bagi akaun perniagaan Milikan Tunggal, ambilan tidak akan dikenakan cukai
tetapi ia juga tidak diiktiraf sebagai perbelanjaan perniagaan. Oleh itu,
apabila perniagaan tidak mempunyai perbelanjaan yang banyak, sekaligus ia akan
meningkatkan keuntungan perniagaan dan seterusnya meningkatkan cukai.
Gaji
Bulanan - Terdapat dua cara untuk merekod gaji bulanan dan EPF
yang diterima oleh pemilik perniagaan iaitu :
a.
Direkod sebagai ambilan di Kunci
Kira-Kira atau
b.
Direkod sebagai belanja gaji di Penyata
Pendapatan
Pendapatan Pengajian
dari Milikan Tunggal adalah merupakan pendapatan bagi pemilik. Maka, jika ianya
direkod sebagai ambilan di Kunci Kira-Kira, ia tidak akan dilaras semula di
dalam pengiraan cukai. Pelarasan ialah menambah semula perbelanjaan yang tidak
dibenarkan iaitu perbelanjaan peribadi dan tidak berkaitan dengan perniagaan
tersebut.
Sekiranya gaji direkod
sebagai belanja di bawah Penyata Pendapatan, maka di dalam proses pengiraan
cukai, gaji pemilik ini perlu diselaraskan semula. Ia adalah kerana gaji
pemilik adalah dianggap sebagai belanja peribadi atau juga ambilan.
Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu