3 pengarah syarikat keli mengaku salah
Kuala
Lumpur: Tiga pengarah sebuah syarikat pelaburan penternakan ikan keli mengaku
bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan gagal merekod
perakaunan kewangan syarikat yang betul untuk diaudit, dua tahun lalu.
Bagaimanapun,
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menetapkan 21 Oktober depan untuk
menjatuhkan hukuman terhadap ketiga-tiga orang kena saman (OKS) itu.
Mohd Roshaidi Yusof, 45, Mohd Khairul Ashwan Mohd Roslan, 28, dan Zuriata Mohd
Darus, 43, didakwa secara berasingan gagal menyimpan rekod perakaunan berhubung
transaksi dan kedudukan kewangan syarikat Agro Multy Trading Bhd untuk diaudit
dengan mudah dan betul.
Mereka
didakwa melakukan perbuatan itu di Sigma Management Sdn Bhd, Menara Uncang
Emas, Jalan Loke Yew, di sini, 28 Februari 2011.
Akibat perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 167(1) Akta Syarikat 1965
(Akta 125) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 167(7) akta sama yang membawa
hukuman penjara enam bulan atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : 21/09/2013
Sumber : Harian Metro