30 April 2013

Tugas seorang Pengarah Syarikat.


            Tugas Pengarah Syarikat boleh dikelaskan kepada tugas fidusiari dan tugas statutori. Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah Syarikat untuk menjalankan tugas fidusarinya dengan jujur dan menggunakan kerajinan yang munasabah (Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965). Sementara itu, tugas seseorang Pengarah Syarikat menurut statutori adalah seperti yang terdapat di dalam Akta Syarikat 1965 iaitu:
a)      Mengadakan AGM (Annual General Meeting) (Seksyen 143, Akta Syarikat 1965)
b)      Menyediakan dan menyerahkan kepada pendaftar Syarikat Penyata Pulangan Tahunan 
(Seksyen 165,Akta Syarikat 1965)
c)      Menyimpan rekod perakaunan dengan sempurna (Seksyen 167 Akta Syarikat 1965)
d)     Membentangkan Akaun, Kunci Kira-Kira dan Laporan Pengarah Syarikat dalam AGM 
(Seksyen 169,Akta Syarikat 1965)
e)      Melantik Juruaudit pertama (Seksyen 172 Akta Syarikat 1965)
f)       Melantik Setiausaha  yang berkelayakan (Seksyen 139 Akta Syarikat 1965)
  

01 April 2013

FAQ : MILIKAN TUNGGAL DAN PERKONGSIAN



From: xxxx@yahoo.com
To: "mr.radzi@yahoo.com" <mr.radzi@yahoo.com>
Sent: Friday, March 29, 2013 4:59 PM
Subject: pertanyaan tentang penubuhan syarikat

Hi En. Radzi,

suami saya dan kawannya ingin membuka perniagaan menjual kertas dinding. adakah semasa mendaftar perniagaan nanti under patnership? sekiranya company patnership adakah account syarikat perlu di audit setiap tahun? adakah syarikat patnership perlu melalui proses seperti syarikat sdn bhd? harap encik Radzi dapat membantu kerana saya tiada pengalaman & tak tahu proses yang sepatutnya. 

Terima kasih.
xxxxx


JAWAPAN

Salam sejahtera,

Perniagaan boleh dilakukan dengan memilih entiti yang bersesuaian dan kehendak perniagaan itu sendiri. Antara yang digunakan adalah melalui :
  • Milikan Tunggal (Enterprise) - Bagi entiti Milikan Tunggal (Enterprise), ianya mudah ditubuhkan dan ianya adalah milik perseorangan. Bagi yang melebihi seorang (1), maka entiti Perkongsian boleh dipilih untuk ditubuhkan. 
  • Syarikat Sdn. Bhd. - Syarikat Sdn. Bhd. pula memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Syarikat.
Perbezaan Milikan Tunggal dan Sdn. Bhd. boleh dibezakan melalui saiz, pengagihan keuntungan, percukaian, jaminan, risiko, tanggungan dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...