PENGENALAN
Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah dan Syarikat untuk menyediakan Laporan Tahunan (Annual Return) dan Penyata Kewangan Beraudit (Audit Report) Syarikat Sdn. Bhd. untuk diserah simpan kepada SSM. Dokumen perlu disediakan sebelum tarikh tamat tempoh (maksimum 6 bulan selepas tutup akaun). Syarikat dan Pengarah boleh dikenakan denda daripada pihak SSM atas kegagalan mematuhi undang-undang yang ada.
AKAUN
Seksyen 167 Akta Syarikat memperuntukkan bahawa tiap-tiap Syarikat dan Pengarah dan pengurus itu mesti menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain yang membolehkan akaun-Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-Kira disediakan dari semasa ke semasa dengan telus. Akaun-akaun ini hendaklah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan. Penyata kewangan beserta semua dokumen yang melibatkan transaksi perlu disimpan sekurang-kurangnya 7 tahun.