Blog Kami


Website & Blog Kami :






RADZI AND CO. menawarkan pelbagai maklumat perkhidmatan untuk institusi-institusi perniagaan dan korporat yang berkaitan dengan maklumat, perakaunan, cukai, undang-undang serta peraturan dan banyak perkhidmatan lain. Laporan-laporan kami disediakan dalam format yang begitu komprehensif dan relevan mengikut akta dan dokumen yang diberikan.


Syarikat, Perniagaan & Anda :- Berkongsi maklumat dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan syarikat, perniagaan dan lain-lain.Penubuhan Syarikat jika dibandingkan dengan penubuhan firma perniagaan adalah melibatkan prosedur yang lebih rumit dan menggunakan kos yang lebih tinggi. Persediaan yang cukup untuk memulakan perniagaan amat diperlukan sebelum menubuhkan syarikat. Kami menyediakan perkhidmatan penubuhan Syarikat Sdn. Bhd. baru.  Syarikat yang ditubuhkan adalah mengikut tujuan dan kehendak perniagaan anda. Disini disertakan sekali dengan langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas penubuhan syarikat. Maklumat tentang dokumen yang perlu disimpan dan tanggungjawab dan peranan setiausaha syarikat. 



Bincang, Info & Panduan Perniagaan :- Perbincangan,panduan, teknik, tips-tips dan amalan yang bersuaian di dalam Perakaunan, Pengauditan, Percukaian, Perniagaan  dan Syarikat.



Perniagaan, Cukai & Anda :- Berkongsi maklumat tentang masalah-masalah percukaian  yang dihadapi oleh pengujung blog.Kami menyediakan perkhidmatan terbaik untuk anda di dalam perkara-perkara berkaitan Cukai di M'sia. Disamping menguruskan pekara-pekara berkaitan cukai anda, kami juga memberi khidmad nasihat yang berpatutan di dalam pematuhan, amalan dan polisi Akta Cukai. Berbagai tips-tips dan panduan akan diberi sepanjang tempoh perkhidmatan yang ditawarkan.



Perunding Akaun & Perniagaan:- Maklumat tentang penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pengunjung.Perkhidmatan Akauntan Bertauliah secara bulanan didalam urusan perkara Menjaga, Memeriksa, Mengenalpasti, Khidmat Nasihat tentang Perakaunan Perniagaan mahupun Syarikat. Perakaunan perniagaan anda akan sentiasa dikawal supaya ianya dikemaskinikan dan mematuhi undang-undang dan polisi amalan perakaunan di M'sia seperti tercatat di dalam MASB dan FRS.




Perniagaan, Akaun & Audit:- Maklumat tentang perniagaan, perakaunan dan audit.Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk menyediakan Akaun Kewangan Syarikat bagi membolehkan ia diaudit. Kami menyediakan laporan kewangan dan menjalankan audit, mengikut piawaian perauditan yang diluluskan. Kami akan memastikan segala maklumat adalah RAHSIA dan SULIT.  Antara perkhidmatan di bawah audit dan perakaunan termasuklah menyimpan kira dokumen-dokumen berkanun dan penyediaan penyata kewangan.  Jenis perniagaan juga boleh dikategorikan kepada tiga iaitu milikan tunggal, syarikat sdn. bhd. dan perkongsian.



Syarikat & Anda:- Maklumat yang berkaitan tentang setiausaha syarikat dan penyelesaian masalah yang berkaitan syarikat.Antara perkhidmatan kami adalah Penubuhan Syarikat dan Carian Maklumat, nasihat untuk memulakan perniagaan dan pematuhan berkanun (statutory berkanun), pembatalan nama (Strike-off) Syarikat dan Pembubaran Secara Sukarela, penyediaan dan pemfailan Penyata Berkanun (Statutory Returns) seperti AGM, EGM dan sebagainya serta penyediaan notis, minit dan resolusi.



Panduan Cukai Malaysia:- Maklumat-maklumat yang berkaitan percukaian dan dan bagaimana mengurusakan cukai.Adalah menjadi tanggungjawab setiap Syarikat untuk sentiasa mengemaskini Penyata Akaun Kewangan. Borang Penyata Cukai adalah dokumen yang diperlukan oleh setiap perniagaan iaitu pembayar cukai untuk diserahkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Di sini disertakan sekali maklumat tentang percukaian seperti definisi cukai, bagaimana untuk mengisi borang cukai dan borang apa yang perlu disisi oleh pembayar cukai mengikut perniagaan yang dijalankan.



Cukai Di Malaysia:- Memberi maklumat yang lebih mendalam dalam percukaian. Perkhidmatan kami yang ditawarkan adalah memberikan khidmat runding dan nasihat dalam memaksimakan keuntungan perniagaan dan meminimumkan kesan cukai keatas perniagaan mahupun Syarikat.



Syarikat & Setiausaha Online:- Maklumat yang berkaitan penubuhan syarikat, proses pendaftaran dan lain-lain.Syarikat di Malaysia perlu mematuhi pelbagai peraturan berkanun. Oleh itu, khidmat Setiausaha Syarikat adalah penting untuk memastikan Syarikat terus mematuhi segala peraturan dan akta yang ditetapkan sama ada semasa penubuhan mahupun selepas penubuhan.  


Perniagaan & Syarikat:-  Maklumat yang berkaitan dengan syarikat dan jenis-jenis perniagaan bagi memudahkan anda membuat pilihan. Menawarkan perkhidmatan dan runding  cara & maklumat di Malaysia.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...