12 June 2013

PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL TIDAK PERLU DI AUDIT

SOALAN


Saya telah menubuhkan syarikat pemilik tunggal selama 3 tahun. Bagaimana sekiranya saya ini melantik pihak tuan untuk menjadi auditor syarikat kami. Sekarang saya sedang membuat permohonan kepada pihak SME Bank untuk pembiayaan Modal Pusingan. Kalau boleh akaun perlu audit dan transaksi kami sikit. Harap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah saya.


JAWAPAN:-



Terima kasih kerana melawati blog kami.



Berikut adalah penjelasan bagi persoalan yang telah diajukan.



- Syarikat Pemilik Tunggal yang dinyatakan Puan, juga dikenali sebagai Perniagaan Milikan Tunggal "Enterprise".



- Bagi status Perniagaan Milikan Tunggal, akaun perniagaan tidak perlu diaudit (Perniagaan Milikan Tunggal tidak perlu melantik mana-mana Juruaudit luar), kerana ianya tidak dinyatakan didalam Akta Perniagaan.



- Kebiasaannya bagi Perniagaan Milikan Tunggal, akaun disediakan adalah bagi tujuan perkara-perkara berkaitan: 

  • cukai perniagaan
  • memohon pinjaman
  • memohon lessen
  • lain-lain perkara

- Oleh itu, dalam kes Puan ini, hanya perlu menyediakan perakaunan lengkap yang mengandungi perkara-perkara berikut:

  • Kunci Kira-kira
  • Penyata Untung Rugi
  • Lejar Am
  • Jurnal Am
  • Penyata Penyesuaian Bank

*Dokumen ini boleh digunakan untuk dihantar kepada pihak yang berkaitan.

** Dokumen ini juga perlulah disimpan selama 7 tahun mengikut Akta Syarikat dan Akta Cukai.



Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...